Khamis, 9 Februari 2012

Apakah itu FIBROID?

   Saban hari,ramai wanita menganggap diri mereka “lengkap”dengan sifat kewanitaan apabila mengandung dan melahirkan anak;antara anugerah Allah yang tidak terhingga.Untuk tugas yang istimewa ini,wanita dibekalkan organ yang menakjubkan iaitu rahim atau dalam istilah perubatan dipanggil uterus.
Setiap bulan,rahim akan mengalami  proses penggantian semula,iaitu lapisan tisu bahagian dalam ( endometrium)akan luruh dan keluar sebagai darah haid sekiranya kehamilan tidak berlaku.Jika kehamilan berlaku rahim akan menyimpan telur ( ovum ) yang sudah disenyawakan dengan sperma dan menampungnya sehingga waktu kelahiran.
Apakah itu fibroid?
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.

Jenis-jenis fibroid
1)Fibroid submukus-terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid
   termasuk kesakitan apabila ia membesar

2)Fibroid intramuralfibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan
    pembesaran uterus.

3)Fibroid subseroustumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang
    Tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.

4)Fibroid pedunkelberbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai
   atau pedunkel,membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat

5)Fibroid interliganmentoustumbuh disisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam
    abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan
    darah.

6) Fibroid parasitikpaling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.

Puncanya masih tidak diketahui dengan jelas tetapi pakar sains berpendapat ia mempunyai kaitan dengan banyak faktor termasuk genetik,hormon dan alam persekitaran.

Apa yang pasti satu daripada lima atau 20 peratus wanita berusia kurang daripada 50 tahun mengalami masalah ini.Malah fibroid juga menjadi antara punca utama pembedahan pembuangan rahim atau histerektomi.Jika ini berlaku,seseorang wanita itu akan putus haid ( menopaus ) walaupun berusia 30 tahun.

Kebiasaannya fibroid tidak mempunyai gejala dan jika ada,ramai wanita tidak menyedarinya.lebih 77 peratus wanita tidak mengalami gejala yang membuatkan fibroid tidak dapat dikesan.Bagaimanapun fibroid boleh menyebabkan gejala seperti:

*      Pendarahan teruk atau kesakitan teruk sewaktu haid ( senggugut )
*      Pendarahan ketika waktu haid
*      Rasa senak di bahagian bawah abdomen,juga dikenali sebagai “tekanan pelvik “
*      Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
*      Masalah sistem peranakan seperti ketidaksuburan,kerap keguguran dan gejala melahirkan anak tidak cukup bulan jika hamil

Kaedah rawatan;

v  Fibroid kecil dan tidak menunjukkan sebarang gejala:memerlukan pemantauan yang kerap dengan cara imbasan utrasound
v  Mengecutkan fibroid tanpa pembedahan:mengurangkan pengaliran darah kepadanya ( embolisasi )
v  Miomektomi:pembedahan mengeluarkan fibroid tanpa membuang rahim
v  Histerektomi: pembedahan untuk membuang rahim( pilihan yang terbaik bagi sesiapa yang tidak melahirkan anak lagi,jadi kita akan menopous dan tidak boleh mengandung lagi)

  •          sekadar perkongsian bersama.maklumat yang terperinci bolehlah dapatkan daripada orang lebih arif dalam bidang ini.

Jumaat, 23 Disember 2011

Persediaan kepada ROHANI sebelum menduduki Exam

         Ana bersyukur ke hadrat Allah kerana pada hari ini ana berkesempatan untuk menulis setelah sekian lama blog ini bersarang.Alhamdullilah,dengan izin Allah,pada hari Isnin baru-baru ini kami sahabat  SMPI batch 2010/2011 telah berjaya mengadakan “ Majlis Solat Hajat Sempena Final Exam “.Mudah-mudahan apa yang didoakan akan dimakbulkan oleh Allah,dengan syarat kalimat IKHLAS lahir dari hati yang suci.Mungkin  apa yang kita mahu,Allah tidak makbulkan sekarang.Jadi janganlah berputus asa untuk berdoa dan terus  berusaha kerana apa yang berlaku pada kita,itulah yang terbaik yang  Allah telah tetapakan kepada hamba-hambaNya.


Opp...ana bukan nak cerita yang ini.Tapi ana nak kongsikan kepada sahabat2  semula tentang slot tazkirah yang disampaikan oleh Nik Farhan pada hari tersebut.Ingat lagi x tajuknya???Jom kita mengimbau kembali...
Persediaan kepada ROHANI sebelum menduduki peperiksaan
                Sebagai seorang mahasiswa kita haruslah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT.Betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan kepada hamba-hambaNya,tapi kita buat-buat tak sedar.Salah satu nikmat yang perlu kita hargai pada posisi sekarang ( mahasiswa ) ialah nikmat ILMU.sesiapa yang sedar akan nikmat Allah dia akan menjadi seorang hamba yang soleh manakala manusia yang tidak pandai bersyukur diibaratkan lebih buruk  daripada binatang.
Firman Allah swt:

Maksudnya:
Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu.

Apakah itu ketenangan hati???
Bagaimana kita hendak mencari ketenangan hati??
Bila hati tak tenang,semua kerja jadi tidak efesyen..
Firman Allah SWT:-
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram"
(Ar-Ra`d:28)
Itulah jawapannya sahabat-sahabat.Hati kita akan memperoleh kebahagian dan ketenangan bilamana kita selalu ingat pada Allah.
                Dalam dunia ni wujud 5 gelombang.4 gelombang di sebelah kanan dan 1 gelombang di sebelah kiri.Setiap gelombang ni mempunyai sifat masing-masing.
Gelombang kanan
Gelombang kiri

*      Beta- dalam keadaan marah ( hasutan syaitan & nafsu )
*      Alfa- dalam keadaan tenang (hanya dengan mengingati Allah )
*      Teta
*      Delta


*      Gama- dalam keadaan takut,terlalu suka dan sedih;mudah dimasuki syaitan dan jin.


                Lihatlah sahabat-sahabat hati kita akan berada dalam gelombang alfa apabila kita selalu ingat kepada Allah.Allah ciptakan seluruh dunia ini dengan gelombang alfa kerana apabila kita melihat keindahan alam ciptaan Allah,hati kita menjadi tenang.
Gelombang di bumi ni ada masanya tinggi dan ada masanya rendah.Bilakah gelombang bumi akan turun??Gelombang bumi akan turun ketika masuknya waktu azan.jadi cepat-cepatlah kita menunaikan solat bila azan berkumandang kerana gelombang bumi pada waktu tu pada tahap gelombang alfa(ketenangan).
                Kesimpulannya di sini,sentiasalah mendekatkan hati kepada Allah dan bertawakal kepada Allah selepas berusaha.Nak berjaya kena ada DUIT ( Doa + Usaha + Istiqomah = tawakal ).Janganlah kita berusaha sahaja tanpa doa dan tawakal atau sebaliknya.dan jangan lupa doakan untuk sahabat-sahabat kita yang lain.
Nasihat:-
1)      Rendahkan gelombang seseorang ketikamana dia tidur
2)      Jangan sesekali kita tidur depan tv
3)      Kalau azan cepat-cepat tunaikan solat
4)      Rendahkan hati dengan sentiasa mengingati Allah
                                                                                                                                                                                                                                                                           

Isnin, 7 November 2011

HIDUP PADA MEMBERI....

Bismillahhirrahmanirrahim..

Cerita ini ana petik daripada Novel Sebarkan Cinta-Mu karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin.Di sini ana nak kongsikan apa yang ana baca.Buku ni begitu menyentuh perasaan bagi sesiapa yang membacanya.


Rasullullah SAW berkata,”(kadangkala)ada orang yang berpakaian lusuh,rambut tidak terurus,kerap dihalau sekiranya menjenguk di pintu rumah orang,namun kalau dia bersumpah atas nama Allah pasti  Allah akan memakbulkan permintaannya(kerana martabatnya di sisi Allah).”
Dikisahkan ada seorang lelaki tua dan uzur keadaannya masuk ke KOSDAT ( Kolej sains Darul Takwa).Pada masa itu,KOSDAT telah dilewati oleh dua orang wakil dari Universiti College Dublin(UCD) sempena majlis mendatangani kerjasama KOSDAT dengan kolej mereka.Lelaki tua itu menyerbu ke pintu kereta perwakilan tersebut dan menadah tangan memohon simpati walaupun sesen dua.
“Encik,saya lapar,”rayu lelaki tua.
Kedua-dua lelaki tersebut tidak senang dengan tindakan lelaki tua tersebut.Salah seorang daripada perwakilan tersebut mengherdik lelaki itu sambil memberikan isyarat kepada pengawal supaya menghalaunya keluar.Lantas lelaki tua itu dibawa keluar.
Ibu Dhiya’( pekerja di KOSDAT ) bergegas mendapatkan si peminta sedekah di luar pagar dan meraba poket bajunya.Sekeping syiling 20 sen dihulurkan,lelaki tua itu menerimanya dengan wajah gembira.Dia mengucapkan terima kasih berkali-kali dan mendoakan kebaikan hidup untuk Ibu Dhiya’.
Dipendekkan cerita,lelaki tua ini tukang kasut.Semua peralatan tukangnya telah dikebas orang semasa dia sedang solat di masjid.Oleh itu,dia terpaksa mengikat perut dan inilah kali pertama dia meminta-minta kerana mahu menghilangkan laparnya pada hari itu.
Ibu Dhiya’meminta lelaki tua itu tunggu sebentar sambil Ibu Dhiya’ terkocoh-kocoh pergi ke arah tempat rehat di bawah tangga bangunan pentadbiran.
“Berapa sen sangat gaji Ibu Dhiya’?Masih mahu bersedekah?”gurau pengawal keselamatan,Pak Anuar.
“Allah menilai keikhlasan biarpun nilainya sedit,”balas ibu Dhiya’.
Pak Anuar tersengih-sengih.Dia meraba-raba poket seluarnya,hanya ada RM3.Duit itu dibawa cukup-cukup makan tengah hari.Dia membatalkan niatnya bersedekah.
Tidak lama kemudia Ibu Dhiya’membawa sebuah bekas plastik berisi cekodok pisang.Diserahkan bekas itu kepada lelaki tua itu bersama duit RM10.
“Semoga pak cik dapat membeli peralatan bertukang semula,”ujuar Ibu Dhiya’.
“Ya mudah-mudahan.Pak Cik memang tidak suka meminta-minta kepada manusia.Apapun,earima kasih,”katanya.
“Allah pasti memudahkan niat mulia itu,amin,”kata Ibu Dhiya’.
“semoga Allah memberimu Syurga,”ujarnya kemudian berlalu pergi.
Walaupun hidup miskin,Ibu Dhiya’bersyukur masih dimurahkan rezeki oleh Allah supaya menjadi orang yang memberi,bukan orang yang meminta.Dia tidak pernah sesekali memandang hina kepada insan yang meminta-minta.
Pengajaran
1)   Bersedekah & bantulah insan yang memerlukan walaupun nilainya sedikit kerana Allah tidak memandang berapa yang kita sumbangkan,tetapi Allah menilai keikhlasan kita.
2)   Jadilah kita sebagai seorang insan yang sentiasa memberi,kerana di situ ada hikmah yang tersembunyi.
3)   Janganlah memandang hina kepada insan yang meminta-minta kerana kita tidak tahu keadaannya yang sebenar.
4)  Hormatilah orang tua,walaupun dia orang miskin.Itulah adab yang telah diajar oleh Islam.




Sabtu, 29 Oktober 2011

Rasa Hati



Berlabuhnya malam menutupi pintu langit
Disuluhi bulan & bintang ciptaan Ilahi
Sayu yang teramat  hinggap di hati
Mencari penawar pengubat resah
Menunggu tuah di celah-celah ranjau kehidupan

Betapa kerdilnya diriku ini
Diselubungi dosa termometer turunnya iman
Dimanakah kedudukanku di sisi Ilahi??
Di bawah,di atas,di kanan ataupun dikiri??

Tuhan...
Di sini kubisikan kerinduan
Kuhadapkan wajahku...
Kutadah tanganku
Tanda pengharapan setinggi gunung
Mencari jawapan di sebalik perjalanan kehidupanku..

hasil nukilan;
Hidayatul Irsyad
Rumah Bidadari ( RB )
1.10 pagi