Isnin, 7 November 2011

HIDUP PADA MEMBERI....

Bismillahhirrahmanirrahim..

Cerita ini ana petik daripada Novel Sebarkan Cinta-Mu karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin.Di sini ana nak kongsikan apa yang ana baca.Buku ni begitu menyentuh perasaan bagi sesiapa yang membacanya.


Rasullullah SAW berkata,”(kadangkala)ada orang yang berpakaian lusuh,rambut tidak terurus,kerap dihalau sekiranya menjenguk di pintu rumah orang,namun kalau dia bersumpah atas nama Allah pasti  Allah akan memakbulkan permintaannya(kerana martabatnya di sisi Allah).”
Dikisahkan ada seorang lelaki tua dan uzur keadaannya masuk ke KOSDAT ( Kolej sains Darul Takwa).Pada masa itu,KOSDAT telah dilewati oleh dua orang wakil dari Universiti College Dublin(UCD) sempena majlis mendatangani kerjasama KOSDAT dengan kolej mereka.Lelaki tua itu menyerbu ke pintu kereta perwakilan tersebut dan menadah tangan memohon simpati walaupun sesen dua.
“Encik,saya lapar,”rayu lelaki tua.
Kedua-dua lelaki tersebut tidak senang dengan tindakan lelaki tua tersebut.Salah seorang daripada perwakilan tersebut mengherdik lelaki itu sambil memberikan isyarat kepada pengawal supaya menghalaunya keluar.Lantas lelaki tua itu dibawa keluar.
Ibu Dhiya’( pekerja di KOSDAT ) bergegas mendapatkan si peminta sedekah di luar pagar dan meraba poket bajunya.Sekeping syiling 20 sen dihulurkan,lelaki tua itu menerimanya dengan wajah gembira.Dia mengucapkan terima kasih berkali-kali dan mendoakan kebaikan hidup untuk Ibu Dhiya’.
Dipendekkan cerita,lelaki tua ini tukang kasut.Semua peralatan tukangnya telah dikebas orang semasa dia sedang solat di masjid.Oleh itu,dia terpaksa mengikat perut dan inilah kali pertama dia meminta-minta kerana mahu menghilangkan laparnya pada hari itu.
Ibu Dhiya’meminta lelaki tua itu tunggu sebentar sambil Ibu Dhiya’ terkocoh-kocoh pergi ke arah tempat rehat di bawah tangga bangunan pentadbiran.
“Berapa sen sangat gaji Ibu Dhiya’?Masih mahu bersedekah?”gurau pengawal keselamatan,Pak Anuar.
“Allah menilai keikhlasan biarpun nilainya sedit,”balas ibu Dhiya’.
Pak Anuar tersengih-sengih.Dia meraba-raba poket seluarnya,hanya ada RM3.Duit itu dibawa cukup-cukup makan tengah hari.Dia membatalkan niatnya bersedekah.
Tidak lama kemudia Ibu Dhiya’membawa sebuah bekas plastik berisi cekodok pisang.Diserahkan bekas itu kepada lelaki tua itu bersama duit RM10.
“Semoga pak cik dapat membeli peralatan bertukang semula,”ujuar Ibu Dhiya’.
“Ya mudah-mudahan.Pak Cik memang tidak suka meminta-minta kepada manusia.Apapun,earima kasih,”katanya.
“Allah pasti memudahkan niat mulia itu,amin,”kata Ibu Dhiya’.
“semoga Allah memberimu Syurga,”ujarnya kemudian berlalu pergi.
Walaupun hidup miskin,Ibu Dhiya’bersyukur masih dimurahkan rezeki oleh Allah supaya menjadi orang yang memberi,bukan orang yang meminta.Dia tidak pernah sesekali memandang hina kepada insan yang meminta-minta.
Pengajaran
1)   Bersedekah & bantulah insan yang memerlukan walaupun nilainya sedikit kerana Allah tidak memandang berapa yang kita sumbangkan,tetapi Allah menilai keikhlasan kita.
2)   Jadilah kita sebagai seorang insan yang sentiasa memberi,kerana di situ ada hikmah yang tersembunyi.
3)   Janganlah memandang hina kepada insan yang meminta-minta kerana kita tidak tahu keadaannya yang sebenar.
4)  Hormatilah orang tua,walaupun dia orang miskin.Itulah adab yang telah diajar oleh Islam.