Sabtu, 5 Februari 2011

I LOVE MARUDI

 
Alhamdullilah bersyukur kehadrat Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada ana untuk hidup sebagai seorang hamba dan khalifah di atas muka bumi ini.Lip lap lip lap,rupanya dah sebulan lebih ana di KL menjalankan kehidupan sebagai seorang pelajar pada semester ke 2 ni.Dalam kesibukan menjalankan amanah sebagai seorang pelajar dan daie,terselit perasaan rindukan kampung halaman.Bagaimana keluargaku??Kampungku??Jadi,di sini ingin ana kongsikan bersama sahabat2 tentang tempat ana dilahirkan.



Inilah peta negeriku yang tercinta iaitu Sarawak Bumi Kenyalang

Tempat diriku dilahirkan adalah di salah sebuah daerah  kecil yang terletak di bahagian Miri.Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tidak pernah dengar langsung.Marudi ni dari segi sejarahnya adalah sebuah daripada pekan tertua di Sarawak.Kalau nak g Marudi ni ada 3 jalan perhubungan iaitu melalui jalan udara (menaiki Maswing)melalui jalan air (menggunakan bot ekspress) dan yang terbaru menggunakan jalan darat(kena kereta yang besarlah) coz jalannya berbukit2.Selalunya ana balik kampung guna pengangkutan air coz tambangnya lebih murah iaitu Rm20 walaupun  hampir 3 jam untuk sampai ke destinasi.kalau guna maswing sekejap je,xsampai sejam dah sampai n jalan darat pula 2 jam untuk sampai ke Marudi.

 bot ekspress

Bot ekspress ni selalulah 4 kali trip dalam sehari dari Miri ke Marudi.Trip yang paling awal pada pukul 8 pagi.seterusnya pukul 11.30 pagi,2 ptg dan yang terakhir adalah pukul 3 ptg.Tapi kalau musim perayaan insyaAllah beberapa trip lagi akan ditambah.Bagi yang suka melihat keindahan alam bolehlah duduk atas bot ekspress ni.Seronok...boleh tengok keindahan alam yang mempersonakan.pokok2 yang menghijau di sekililing menggamit perasaan kita dan mempersonakan.Tapi bila duduk kat dalam,akan hadir perasaan bosan kerana penat jugak duduk berjam-jam dalam bot ni.



 perhentian bot ekspress di Marudi

Sesampai sahaja di marudi,bot ekspress akan berhenti di Terminalnya.Terminal ni terletak di pekan Marudi.Terminal Marudi ni bukannya penghujung sungai Baram.Tapi ada lagi kawasan pedalaman nun di dalam sana.


 feri yang akan digunakan bila guna jalan darat


kampung Dagang yang berhampiran dengan Pekan Marudi

Kat marudi ni terdiri daripada pelbagai kaum antaranya seperti Melayu,iban,cina,kenyah,kayan,kelabit,penan,bidayuh dan melanau.Majoriti kaum yang tinggal di Marudi adalah orang Iban.

Masjid Marudi

Masjid ni baru sahaja siap dibina.Disebabkan masjid yang lama tidak dapat menampung ahli jamaah yang semakin bertambah jadi masjid ni telah dibina untuk masyarakat sekitar Marudi.
hadapan masjid Marudi
jalan ke kampung Narum


sekadar ini sahaja yang dapat ana kongsikan bersama sahabat2.Walaupun daerah ini xdikenali ramai tapi hakikatnya inilah tempat hamba Allah ini dilahirkan.