Selasa, 26 Julai 2011

SIAPAKAH AKU???

Bismillahhirrahmanirrahim..



Alhamdullilah...syukur kepada Allah kerana ana masih lagi berkesempatan merasai kehidupan di dunia  ini sebagai seorang hamba dan khalifah Allah.Sejak roh ditiupkan ke atas ana dalam rahim ibu sehinggalah sekarang,sudahkah ana melaksanakan baiah ana terhadap Allah??Mudah-mudahan segala kebajikan yang ana lakukan walaupun sedikit ada nilaian di sisi Allah untuk bekalan ana nun di negeri abadi nanti.

Ya Allah...betapa beratnya amanah yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu di dunia ini.Kini ana memahami apa itu KEHIDUPAN yang sebenar.Dunia ini hanyalah persinggahan sementara sebelum meneruskan kehidupan di negeri yang ABADI.Dunia yang sementara ini hanyalah ibarat sebuah ladang yang hasilnya nanti akan dipetik di negeri ABADI.Ruginya andai ana tidak memanfaatkan ladang ini,manakan mungkin ana akan memetik hasilnya nanti...

Dalam usia yang ada ini,mudah-mudahan ana mengisi usia ini dengan perkara-perkara yang berfaedah.Sahabat-sahabat samalah kita saling bantu membantu membuat kebajikan ya.Di sini ana nak kongsikan sesuatu agar hati-hati kita sentiasa tenang dan dekat dengan Allah dan mudah-mudahan menjadi makanan ruji kita dalam kehidupan seharian dalam memikul tanggungjawab kita sebagai seorang daie.

Allah SWT. menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang sentiasa bertaqwa dan mengerjakan "Qiamullail" dengan beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik, rahmat Allah dan Syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran :


"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)" .(Adz-Dzaariyaat15-18)

 

Orang-orang yang melalui malam hari dengan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang solat tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah Taala.

Dan di samping itu Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :
" Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.(As-sajdah:15-16)

Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih
 
Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan solat sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih
 
Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad  dengan sanad sohih
Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. telah bersabda Maksudnya :
"Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana iaitu ibadar kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan".

Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata :"Hai Muhammad ! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia".
Indahnya bilamana kita menjadikan solat malam sebagai makanan ruji seharian kita.walaupun kita tidak dapat melakukannya tiap-tiap hari cukuplah sekadar yang kita mampu asalkan kita istiqomah kerana Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan dalam soal agama.
Moga-moga kita mendapat pahala di sisi Allah di atas ibadah yang kita lakukan keranaNYA.Ameen.

Isnin, 25 Julai 2011

UKHTI...

Bismillahhirrahmanirrahim..

Puisi ni ana jumpa di blog seorang sahabat.Tertarik dengan puisi yang ditulis olehnya...sama-samalah kita kongsi ye apa yang dia tulis dalam bait-bait puisinya.

Dear Ukhti………
apa khabar imanmu hari ini?
semoga selalu menampakkah kemajuan di sisi Allah S.W.T..
apa khabar hatimu hari ini?
semoga selalu bersih dari debu juga kelabu...
apa khabar cintamu hari ini?
semoga selalu berpeluh rindu pada-Nya…

Ukhti..
sungguh indah hidup setelah menikah..
apa yang sebelumnya haram menjadi halal..
semua perbuatannya mendapat pahala yang berlimpah di sisi-Nya..
suka duka dilalui berdua..
senang sedih ada yang menemani..
tawa tangis pun bersama..
Ukhti..
menikah adalah setengah dien..
dan ia menggenapkan dien menjadi satu…
sungguh, menikah seperti melihat dunia lain..
yang tiada pernah dikunjungi sebelumnya…
apa yang tidak bisa dilihat sebelum menikah..
kini tidak lagi..
seakan membuka mata kanan..
yang sebelumnya belum pernah dibuka..
begitu luas, begitu indah..
hingga Rasul pun menyunnahkan suatu pernikahan ini:
"bukan termasuk ummatku, jika ia berkeinginan tidak menikah…"

Ukhti..
menikah adalah keputusan besar dari suatu perjanjian berat..
pernah ada yang berkata..
"saat akad diucapkan Arsy tertinggi bergoncang kerana suatu perjanjian
berat diucapkan, kerana itu saat akad terjadi ada tangis disana..tangis
suka, tangis duka…"
Allah menjadi saksi kerana Dia Yang Maha Melihat lagi Menatap
dan setiap undangan yang datang akan mendoakan pernikahan ini..


Ukhti..yang sedang menanti ''kekasih''..
nantilah dengan sabar…
sungguh, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu..
sangat mudah bagi-Nya memberikan ''kekasih'' untukmu..
ataupun tidak berharap..
dan mintalah pada-Nya..
pemilik alam raya dan pencipta ''kekasih''mu..
Ukhti..yang sedang menjelang akad..
berdoalah selalu pada-Nya..
penentu segalaNya…
mohon petunjuk-Nya jika ''kekasih'' yang hadir itu adalah yang terbaik untukmu..
kemudahan, juga kelancaran dalam peristiwa besar nanti..
sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk dirimu..
siapkan dirimu, hatimu..


Ukhti..yang telah menikah..
jagalah nikmat-Nya yang besar ini..
hanya dengan izin-Nya dirimu dan ''kekasih''mu bersatu..
tiada yang lain…
jadilah penyejuk hati dan pandangannya..
menjadi isteri solehah dambaan..
Ukhti..
bahagiamu adalah bahagiaku..
sedihmu juga sedihku..
tawamu, tawaku juga..
tangismu adalah tangisku..
semoga Allah Yang Maha Indah..
memudahkan langkah ini..
memberikan yang terbaik menurut-Nya..
dan menjadikan ia wanita solehah dan isteri solehah dan..
kemudian ibu mithali utk anak-anak bersama…
Amin ya Allah..amin ya Rahman..amin ya Rahim..


indah puisi diukir jari..
ni'mat yang agung dari Ilahi..
berputik cinta tersemai di hati..
mengharapkan keredhaan dari Ilahi..
tiada "isteri" sebelum pernikahan..
mengikat nafsu dengan amaran...
begitulah nilai satu pengorbanan..
untuk mendapat Isteri diimpikan..

andai bercinta sebelum nikah..
maka dirimu memilih kesusahan..
jangan marah pada Allah..
andai pernikahan tidak aman..


Suami soleh isteri solehah..
kehidupan bahagia janji Ilahi..
begitulah janji keadilan Allah.

Sabtu, 23 Julai 2011

Indahnya ciptaan Allah

Bismillahhirrahmanirrahim...
 

Selepas saja solat asar,ana berkesempatan ikut mak pergi ziarah rumah nenek.Rumah nenek letaknya di hujung kampung..ambil masa 15 minit perjalanan dari rumah ana.Alhamdullilah,kali berapa ntah g jalan rumah nenek sejak sampai ke kampung halaman.Dalam perjalanan petang tadi...tiba-tiba hujan turun...tapi tidaklah lebat...angin bertiup kencang...sejuk...
Alhamdullilah,dapat jugak mandi hujan...bersyukurnya atas nikmat yang Allah berikan.Itulah yang sepatutnya kita ucapkan sebagai hamba Allah di muka bumi ni.Tapi,kita ni seringkali merungut..bila panas nak hujan...bila hujan nak panas....semuanya tak betul.Sedangkan itulah sunnatuAllah terhadap alam kepunyaanNya.Dialah yang mengatur segala-galanya baik dari perkara-perkara yang kecil sehinggalah yang besar.Semuanya Allah yang aturkan.
Betapa gembiranya pokok-pokok,rumput dan semua kehidupan di atas muka bumi ini bila turunnya hujan....semuanya bertasbih memuji nikmat yang Allah berikan.Tanpa air mungkin hidupan yang hidup di dunia ini akan mati...

Setibanya di rumah nenek,sempat ana mengambil gambar-gambar ni sebagai kenangan.Betapa indahnya ciptaan Allah.Semuanya terkandung 1001 kerahsiaannya.Hanya Allah yang Mengetahuinya.SUBHANAALLAH hanya itu yang ana mampu ucapkan.


ini jalan ke hilir kampung..di hujungnya ada kebun getah



ni pulak jalan ke ulu..



ni sungai depan rumah nenek...boleh mancing kat cne



ni titi nak turun ke sungai



gambar ni diambik waktu tengah hujan
 
 
Indahnya ciptaan Allah....syukurilah setiap apa yang Allah berikan kerana dia beri apa yang kita perlukan bukannya apa yang kita mahu.

Ujian itu tarbiyah Allah


Bismillahhirrahmanirrahim...
 
 


Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”


 Setiap orang pasti ada ujian yang menimpa.Bezanya sama ada ujian  itu kecil ataupun besar,senang ataupun susah,semuanya akan merasai.Disebalik ujian yang Allah berikan,kita sering merungut,kata Allah zalimlah( nauzubillah min zalik),xadillah dan macam2 lagi kata2 yang tidak sepatutnya kita hadiahkan kepadaNya.


Kita hanyalah makhluk Allah yang lemah,yang hina,yang sering melakukan kesalahan.Semua yang kita miliki,semuanya milik Allah....dunia ini....jasad kita...semuanya MILIK ALLAH.Walhal,Ujian yang Allah berikan tanda sayangNya kepada kita.Itulah tarbiyah(didikan) yang Allah berikan kepada kita.Setiap ujian yang diberikan mengajar kita erti kesabaran....bersyukur.....


Ya Allah,tabahkanlah hatiku menghadapi segala ujian yang Engkau berikan.Jadikanlah aku sebagai hamba yang sentiasa bersyukur dan redha dengan segala ujian yang Engkau berikan.


Setiap Ujian yang Allah berikan ada hikmah disebaliknya...yakinlah dengan janji Allah.Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatnya.