Saban hari,ramai wanita menganggap diri mereka “lengkap”dengan sifat kewanitaan apabila mengandung dan melahirkan anak;antara anugerah Allah yang tidak terhingga.Untuk tugas yang istimewa ini,wanita dibekalkan organ yang menakjubkan iaitu rahim atau dalam istilah perubatan dipanggil uterus.
Setiap bulan,rahim akan mengalami proses penggantian semula,iaitu lapisan tisu bahagian dalam ( endometrium)akan luruh dan keluar sebagai darah haid sekiranya kehamilan tidak berlaku.Jika kehamilan berlaku rahim akan menyimpan telur ( ovum ) yang sudah disenyawakan dengan sperma dan menampungnya sehingga waktu kelahiran.
Apakah itu fibroid?
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.Jenis-jenis fibroid
1)Fibroid submukus-terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid
termasuk kesakitan apabila ia membesar
2)Fibroid intramural – fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan
pembesaran uterus.
3)Fibroid subserous – tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang
Tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.
4)Fibroid pedunkel – berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai
atau pedunkel,membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat
5)Fibroid interliganmentous – tumbuh disisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam
abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan
darah.
6) Fibroid parasitik – paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
Puncanya masih tidak diketahui dengan jelas tetapi pakar sains berpendapat ia mempunyai kaitan dengan banyak faktor termasuk genetik,hormon dan alam persekitaran.
Apa yang pasti satu daripada lima atau 20 peratus wanita berusia kurang daripada 50 tahun mengalami masalah ini.Malah fibroid juga menjadi antara punca utama pembedahan pembuangan rahim atau histerektomi.Jika ini berlaku,seseorang wanita itu akan putus haid ( menopaus ) walaupun berusia 30 tahun.
Kebiasaannya fibroid tidak mempunyai gejala dan jika ada,ramai wanita tidak menyedarinya.lebih 77 peratus wanita tidak mengalami gejala yang membuatkan fibroid tidak dapat dikesan.Bagaimanapun fibroid boleh menyebabkan gejala seperti:
Pendarahan teruk atau kesakitan teruk sewaktu haid ( senggugut )
Pendarahan ketika waktu haid
Rasa senak di bahagian bawah abdomen,juga dikenali sebagai “tekanan pelvik “
Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
Masalah sistem peranakan seperti ketidaksuburan,kerap keguguran dan gejala melahirkan anak tidak cukup bulan jika hamil
Kaedah rawatan;
v Fibroid kecil dan tidak menunjukkan sebarang gejala:memerlukan pemantauan yang kerap dengan cara imbasan utrasound
v Mengecutkan fibroid tanpa pembedahan:mengurangkan pengaliran darah kepadanya ( embolisasi )
v Miomektomi:pembedahan mengeluarkan fibroid tanpa membuang rahim
v Histerektomi: pembedahan untuk membuang rahim( pilihan yang terbaik bagi sesiapa yang tidak melahirkan anak lagi,jadi kita akan menopous dan tidak boleh mengandung lagi)
- sekadar perkongsian bersama.maklumat yang terperinci bolehlah dapatkan daripada orang lebih arif dalam bidang ini.