Sabtu, 23 Julai 2011

Indahnya ciptaan Allah

Bismillahhirrahmanirrahim...
 

Selepas saja solat asar,ana berkesempatan ikut mak pergi ziarah rumah nenek.Rumah nenek letaknya di hujung kampung..ambil masa 15 minit perjalanan dari rumah ana.Alhamdullilah,kali berapa ntah g jalan rumah nenek sejak sampai ke kampung halaman.Dalam perjalanan petang tadi...tiba-tiba hujan turun...tapi tidaklah lebat...angin bertiup kencang...sejuk...
Alhamdullilah,dapat jugak mandi hujan...bersyukurnya atas nikmat yang Allah berikan.Itulah yang sepatutnya kita ucapkan sebagai hamba Allah di muka bumi ni.Tapi,kita ni seringkali merungut..bila panas nak hujan...bila hujan nak panas....semuanya tak betul.Sedangkan itulah sunnatuAllah terhadap alam kepunyaanNya.Dialah yang mengatur segala-galanya baik dari perkara-perkara yang kecil sehinggalah yang besar.Semuanya Allah yang aturkan.
Betapa gembiranya pokok-pokok,rumput dan semua kehidupan di atas muka bumi ini bila turunnya hujan....semuanya bertasbih memuji nikmat yang Allah berikan.Tanpa air mungkin hidupan yang hidup di dunia ini akan mati...

Setibanya di rumah nenek,sempat ana mengambil gambar-gambar ni sebagai kenangan.Betapa indahnya ciptaan Allah.Semuanya terkandung 1001 kerahsiaannya.Hanya Allah yang Mengetahuinya.SUBHANAALLAH hanya itu yang ana mampu ucapkan.


ini jalan ke hilir kampung..di hujungnya ada kebun getah



ni pulak jalan ke ulu..



ni sungai depan rumah nenek...boleh mancing kat cne



ni titi nak turun ke sungai



gambar ni diambik waktu tengah hujan
 
 
Indahnya ciptaan Allah....syukurilah setiap apa yang Allah berikan kerana dia beri apa yang kita perlukan bukannya apa yang kita mahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan