Alhamdullilah...syukur kepada Allah kerana ana masih lagi berkesempatan merasai kehidupan di dunia ini sebagai seorang hamba dan khalifah Allah.Sejak roh ditiupkan ke atas ana dalam rahim ibu sehinggalah sekarang,sudahkah ana melaksanakan baiah ana terhadap Allah??Mudah-mudahan segala kebajikan yang ana lakukan walaupun sedikit ada nilaian di sisi Allah untuk bekalan ana nun di negeri abadi nanti.
Ya Allah...betapa beratnya amanah yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu di dunia ini.Kini ana memahami apa itu KEHIDUPAN yang sebenar.Dunia ini hanyalah persinggahan sementara sebelum meneruskan kehidupan di negeri yang ABADI.Dunia yang sementara ini hanyalah ibarat sebuah ladang yang hasilnya nanti akan dipetik di negeri ABADI.Ruginya andai ana tidak memanfaatkan ladang ini,manakan mungkin ana akan memetik hasilnya nanti...
Dalam usia yang ada ini,mudah-mudahan ana mengisi usia ini dengan perkara-perkara yang berfaedah.Sahabat-sahabat samalah kita saling bantu membantu membuat kebajikan ya.Di sini ana nak kongsikan sesuatu agar hati-hati kita sentiasa tenang dan dekat dengan Allah dan mudah-mudahan menjadi makanan ruji kita dalam kehidupan seharian dalam memikul tanggungjawab kita sebagai seorang daie.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)" .(Adz-Dzaariyaat15-18)
Orang-orang yang melalui malam hari dengan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang solat tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah Taala.
Dan di samping itu Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :
" Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.(As-sajdah:15-16)

Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih
Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan solat sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih
Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih
Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. telah bersabda Maksudnya :
"Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana iaitu ibadar kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan".

Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata :"Hai Muhammad ! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia".
Indahnya bilamana kita menjadikan solat malam sebagai makanan ruji seharian kita.walaupun kita tidak dapat melakukannya tiap-tiap hari cukuplah sekadar yang kita mampu asalkan kita istiqomah kerana Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan dalam soal agama.
Moga-moga kita mendapat pahala di sisi Allah di atas ibadah yang kita lakukan keranaNYA.Ameen.